Followers

Sunday, September 4, 2011

#Cerita Pendek: Kau Ibarat Pelangi Petang

expr:id='"post-body-" + data:post.id'>   "Awak ambil balik Teddy Bear awak ni!" kata aku sambil membaling teddy bear tersebut kepada Izham.
 
"Okey! Kalau Ayu tak sudi nak simpan bear ni lagi. Saya tak kisah!" balas Izham selamba.
  
"Awak ni memang sengaja nak bagi saya sakit hati kan!?" Kata aku dengan nada tak puas hati dengan reaksi Izham tidak seperti yang dibayangkan.
 "Eh eh! jangan la macam ni awak.. Saya gurau je tadi.. Ayu simpan la bear ni baik-baik. Ayu anggaplah bear ni sebagai pengganti diri saya."
 "Awak mintak putus dengan saya, awak mesti ada perempuan lain sebagai ganti diri saya kan!? Dan sekarang ni awak nak bear buruk ni je sebagai ganti awak? huh!" Getus aku dengan penuh kegeraman.
 "Saya bukannya mintak putus sebab ada perempuan lain. Percayalah, saya hanya setia pada awak Ayu.."

  "Habis! Kalau bukan kerana perempuan lain.. Kenapa awak nak putuskan hubungan kita? Atau pun sebab lelaki lain? Awak ni gay ke?"

  "Haha! kesitu pulak awak ni! Takkan lah saya gay. Maafkan saya.. Saya tak boleh bagitahu sebab kenapa kita berpisah.. Izham cuma nak Ayu ingat, Ayu sentiasa yang pertama di hati saya.."

  "Huh! Alasan semata-mata! Tak perlu lah Izham nak berbohong yang Ayu  sentiasa di hati Izham.  Awak mesti mintak clash dengan saya sebab awak ada perempuan lain! By the way, awak simpan lah bear buruk awak ni!" Marah aku sambil meninggal Izham sendirian di Cafe bersama teddy bearnya.

  "Kenapa Izham minta clash dengan aku? apa salah aku? Dia kata aku ni terlalu manja, suka bergantung kepada orang lain dan tak akan membesar. Huh, itu semua pasti hanya alasan untuk clash dengan aku. Pasti dia dah menjadi milik orang lain.." Aku bermonolog sendirian dalam bas menuju ke rumah.

  "Saya tak nak jadi orang suruhan awak seperti ibu dan ayah awak! Cuma lupakan je lah saya!" kata-kata pedas Izham itu terus berlegar-legar di kotak pemikiran aku. 

  Selepas berpisah dengan Izham. Itu adalah masa paling sukar untuk akuu jalani. Menjadi siswazah, mencari kerja dan bermacam-macam lagi. Aku tak pernah rasa sesunyi itu.

  Aku mula teringatkan Izham. Aku bergitu teringin untuk menghubungi Izham. Aku masih teringat akan kata-kata Izham sebelum kami berpisah. "Kalau ada sesuatu yang Ayu nak Izham tolong. Hubungi saya di facebook secara online, saya sentiasa online. Jangan telefon, jangan jumpa dan jangan sesekali datang ke rumah Izham!" 

  Aku membuka komputer riba aku di atas meja. Dengan pantas akuu melayari laman facebook. Izham sedang online. 
Aku mula mencari idea untuk memulakan perbualan.


"hai, kacau awak tak?"


"hai, tak kacau pun."


"Boleh saya pinjam masa awak sekejap? Saya ada masalah. Saya perlukan awak."


"Boleh, saya sentiasa disini untuk membantu awak"


"Hari ni saya ada temu duga. Saya patut pakai lipstick tak?"


"Awak adalah wanita yang menawan. Tak perlu pakai makeup lagi dah.. :) "


"Pergi matilah! pergi sana puji kekasih baru awak!" balas Aku lalu terus menutup komputer riba.

  Aku tahu, aku tak sepatutnya hubungi Izham lagi. Aku sepatutnya lebih berdikari.. Aku tahu segalanya. Aku tahu apa yang perlu dilakukannya kalau aku terlibat dalam masalah. Tapi, Aku tetap memerlukan pendapat dari Izham. 

  Ketika dalam lif. Aku dapat merasakan ada tangan gatal cuba memegang punggung aku. Aku terus teringatkan pesan Izham. "Lelaki miang dalam lif, gunakan tumit tinggi." Aku terus menghentak kaki si miang di belakang aku dengan kasut tumit tinggi yang aku pakai. 

  Aku kini sudah menjadi usahawan yang berjaya. "Sudah lama aku tak hubungi Izham, Ahh!.. persetankan semua tu. Izham kini pasti sedang bergembira dengan kekasihnya. Tapi, ini adalah masa yang sesuai untuk aku berterima kasih kepada Izham."

  Aku melangkah kerumah Izham. Banyak kali aku beri salam.. Masih tidak berjawab. Aku memutuskan untuk masuk sahaja ke rumah Izham. Pintu berkunci.. Aku masih ingat dimana Izham selalu meletakkan kunci penduanya. Tanpa berlengah, aku mengambil kunci di bawah pasu bunga itu dan membuka pintu rumah. Au sekali lagi memberi salam. Namun tiada jawapan. Rumah Izham berhabuk. seolah sudah lama ditinggalkan. 

  Aku mengeluarkan komputer riba dari beg galas. Lantas aku mencari nama Izham di online-list facebook. 

"Mana awak? Saya di rumah awak. Awak dah pindah ke?"


"Saya disebelah awak." balas Izham. Aku terkejut, kerana tiada sesiapa pun disebelahnya melainkan komputer riba Izham yang tidak ditutup.


"Awak jangan nak takut-takutkan saya. Cakap lah betul-betul. Awak di mana?"


"Saya betul-betul disebelah awak."

Aku terus memandang ke arah komputer riba Izham. Ada Teddy Bear yang Izham minta aku simpan hari tu dihadapan Komputer riba Izham. Aku bagaikan tidak percaya. Aku nampak beberapa pucuk surat di atas meja itu. Aku perhatikan satu per satu surat tersebut dengan teliti.

"Death Certificate" Aku mula gelisah melihat surat tu. Nama dan gambar Izham tertera di atasnya. Aku berasa serba salah. Selama ini Aku fikir Izham minta clash sebab ada perempuan lain. rupanya Izham tak mahu aku bersedih di atas pemergiannya. Izham abadikan dirinya dalam teddy bear tu. 

Aku mendapat pesanan dari Izham di ruangan facebook chat.

"Maaf, saya sangat penat. Saya terpaksa pergi." 
"Saya sudah tiada pada masa yang lama, saya cuma tak boleh tinggalkan awak"
"Awak tak sepatutnya datang ke rumah ni. Awak patut lupakan saya."
"Saya nak sangat peluk awak buat kali terakhir, tapi....."
  Aku sudah tidak dapat menahan air mata lagi. Aku terus memeluk teddy bear tu.
"Jangan menangis. senyum :)"
  Aku mengesatkan airmata aku sambil cuba untuk senyum dalam kesedihan.
"Selamat tinggal, untuk selamanya...."

Izham *offline*

Air mata Aku terus mengalir. Aku berasa terlalu bersalah kerana telah menuduh Izham curang kepada aku. Aku telah berjanji pada diri aku. Aku tak akan menjadi seseorang yang kuat bergantung lagi. Aku akan berdikari. Aku redha Izham sudah tiada, tapi aku tak akan dapat lupakan Izham dari lubuk ingatan aku. Walaupun Izham sudah tiada. Tapi dia sentiasa berada di hati aku. Izham, awak lah pelangi petang kepada saya. Awak hilang bersama cahaya mentari, tapi kecantikan pelangi terus terpahat di minda.

Saturday, September 3, 2011

#Cerita pendek: Pembunuhan Kejam

expr:id='"post-body-" + data:post.id'>   Dimana aku? soal hati kecil ku. Tempat ini sungguh asing bagiku. Terlalu sunyi.. Tiada apa yang dapat aku lihat selain dari kegelapan yang memenuhi ruang. Seperti.. Tiada lagi hari esok buatku.. Aku dapat merasakan cecair panas dan melekit di seluruh badan aku. Perasaan takut bercampur terkejut menyelubungi diriku. Hanyir! persis baunya seperti darah! Aku memulakan langkah ku. Aku cuba untuk berlari, selaju yang boleh. setiap langkah ku bergema. Akhirnya aku berhenti berlari. Aku penat! Sejauh mana pun aku berlari, seolah-olah aku masih berada ditempat yang sama.

  "Tolongggg!! Tolongg akuuu!!!!" Aku menjerit. namun, hanya gema suara ku sendiri yang menjawabnya. Aku semakin tak keruan, Aku memanggil nama-nama keluaraga ku.
  "Mak!! Adik!! Mana korang?" hasilnya sama. Tiada sesiapun yang membalas. 
Aku menyerah! Aku mengalah! Tiada guna lagi aku memanggil mereka! Aku pekup muka aku. 
Tertanya aku sendirian. Dimana aku? Bagaimana aku boleh berada disini? Kenapa aku berseorangan? Berjuta soalan lagi bermain-main di benak fikiran ku.

  Sedang aku sibuk untuk mencari jawapan kepada soalan ku sendiri. Tiba-tiba! Entah dari mana, ada cahaya yang bergitu terang menerjah ke arah ku.. Arghh!! terlalu terang! Sungguh perit untuk mata ku menanggung. Aku terpejam. 

  Dalam pejaman mataku, aku nampak sesuatu. Ianya seperti imbasan semula apa yang berlaku. Aku nampak segalanya yang berlaku kepada aku dan keluarga ku. Sungguh mengerikan! Aku tak sanggup lagi melihatnya. Dengan pantas aku membuka mata ku. Cahaya tadi telah pergi, Aku terduduk mengenangkan apa yang aku nampak tadi. Tak dapat ku tahan lagi air mata ini. Aku menangis semahu-mahunya. aku biarkan ia mengalir, aku dah tak mampu untuk mengesatnya. 

Aku mula terbayang kembali tragedi dasyat tu.

 ''Anissa! Anissa! tolong mak jenguk adik kejap ye, mak nak pergi belakang rumah siang ikan.'' Pinta ibuku, Aku hanya menurut tanpa soal.. 
DANGGG!! pintu rumah dihempas kuat oleh abang ku. Muka abang bergitu bengis! dangan kasar abang bertanya padaku. 
"Mana mak?!" aku takut untuk menjawab. Adikku si Fitri mula merengek. mungkin kerana terjaga dari tidur mendengar pekikan abangku.
 "Woi! aku tanya! Mak mana? ko jawab cepat!" belum sempat aku membuka mulut.. PANGG! Satu tamparan yang sangat kuat hinggap di muka ku.. cecair merah keluar dari mulut dan hidung. Sakit sangat!! Abangku mengangkat tangannya lagi, dengan cepat aku membalas pertanyaannya, tidak sanggup untuk menerima lagi satu tamparan daripadanya, 
"Mak tengah bersiang ikan kat belakang!" Abangku terus ke belakang rumah tanpa memandangku. Aku takut! takut kalau abang cederakan mak!. 
"Akak... Kenapa abang pukul kakak? abang tu memang jahat ke kakak?" soal Fitri yang baru berusia 4 tahun itu kepada ku. Aku tak mampu menjawab soalan tu. Aku hanya menyuruh Fitri diam.

Aku mendukung Fitri ke pintu dapur, cuba mengintai perbualan abang dan mak.
" Mak! nak duit! Man nak beli barang."
"Apa nak jadi dengan kau ni Man? Asyik beli benda khayal tu? Mak tak de duit!"
"Mak jangan nak tipu! Baru semalam Man nampak mak pajak rantai mak!"
"duit pajak tu untuk sara makan minum adik-adik kau Man.. Mak tak boleh bagi duit tu kat kau"
"Man tak kira! Man nak jugak! atau Man bunuh mak!"
Terkejut aku mendengar kata-kata yang keluar dari abang aku.. "Bunuh mak?" soal hati ku. aku teruskan mendengar perbualan tu.
"Man, kau jangan buat mak macam ni man, mak tak ada duit.. tolong lah faham Man.."
"Mak tengoklah apa yang Man nak buat!"

  Abang capai parang yang mak buat untuk siang ikan tu.. Zassss! Abang melibas parang tu ke muka mak. darah memancut-mancut keluar dari dahi mak. Abang terus melibas parang tu ke badan mak tanpa rasa kesian sambil tertawa. Aku terpaku. Seluruh badan aku menjadi kaku tidak mampu bergerak setelah melihat apa yang abang buat pada mak. Mak sudah nyawa-nyawa ikan!
  "Makkk!!!!!!" Fitri menjerit memanggil mak. Abang terus memandang ke arah kami berdua. Abang tersenyum sambil menghayun-hayun kan parangnya. Tanpa berfikir panjang, aku terus berlari sambil mendukung Fitri.. tangisan Fitri yang ketakutan itu semakin kuat! juga diiringi tangisan dari aku juga. Aku lari keluar rumah. Tiada siapa yang boleh aku minta tolong. Rumah ku jauh dari rumah-rumah yang lain. Aku menjerit pinta pertolongan. tiada siapa yang mendengar..
  "Kau jangan ingat kau boleh lari dari aku lah sialll!!!!! Datang sini!!! aku nak main-main dengan darah kau!!!" jerkah abangku diselang-selikan dengan hilai tawanya. Sungguh laju jantung ku berdegup.. umpama mahu pecah!

  Malang tidak berbau. Kaki aku tersandung. Fitri terlepas dari pelukan aku. Aku bangun untuk mengangkat Fitri semula.. Tapi aku terlambat! Abang aku telah menangkapnya terlebih dahulu.. Aku tak mampu untuk berbuat apa-apa selain dari menyorok di belakang rimbunan pokok buluh. Aku dah mati akal, tak tahu mana lagi boleh aku lari. Di sebalik pokok buluh tu.. Aku mendengar raungan Fitri memanggil-manggil nama aku. meminta aku menyelamatkannya.. Aku tak sanggup untuk dengar lagi.. aku pekup telinga aku.. 

  Aku cuba mengintai dari celahan buluh. Aku dapat lihat, abang menarik rambut Fitri mengheret Fitri ke pokok besar tu tanpa hiraukan sedikit pun raungan Fitri. Abang mengikat Fitri pada pokok besar tu menggunakan akar-akar kayu. 
"Mana kakak kau hah?!! Jawab!!!!!"
"Adik tak tahu abang,, tolong lepaskan adik.. Adik sakit bang.. Adik nak kakak!!"
"Aku tanya! Mana kakak kau! aku tak peduli pun kalau kau sakit!!"
Zasssss! parang yang digenggam abang melibas lengan kiri adik sampai terputus! Darah memancut-mancut  keluar dari lengan adik. Aku hampir menjerit. Aku pekup mulut aku.. Air mata deras mengalir. Perit hati aku melihat wajah adik yang menahan kesakitan tu.
"Aku tanya sekali lagi! Mana kakak kau??!!"
Fitri yang masih kecil tu terus meraung kesakitan tidak menjawab soalan abang. 
Zassss! abang menghayunkan parang ke lengan kanan adik pula.. Dua-dua belah lengan adik putus! Adik terus meraung kesakitan.. Abang pula tertawa kuat bagai dirasuk syaitan.

  Raungan adik semakin perlahan.. perlahan .. dan terus berhenti. Aku mengintai di celahan batang buluh. Mata adik terpejam rapat.. Darah adik penuh di sekeliling adik. 
"Woi! Bangun lah sial!! Aku masih belum puas main dengan kau!! Bangun!!!!" herdik abang sambil mengoncang-goncang tubuh adik yang sudah tidak bernyawa tu. Abang mungkin masih belum puas hati.. Abang terus melibas-libas parangnya kearah tubuh adik. Perut adik hancur! Aku nampak usus adik terburai di atas tanah.. Abang terus menggila dengan parangnya.. Aku terus alihkan pandangan aku.. Tak sanggup lagi nak menyaksikan semua tu.. 

  Tiba-tiba abang menangis. abang merangkul tubuh kecil adik yang sudah tak bernyawa tu.. Abang kucup muka adik yang separuh hancur tu.
"Maafkan abang ye adik. Abang tak sengaja.. Abang nak main je dengan adik.." Abang berhenti menangis. Abang terus mengilai menjerit-jerit memanggil nama aku. 
"Anissa!!! Hoi sial!! keluar kau! aku nak main dengan kau pulak! hahahahahahahaha!" 
Terkejut dengan jeritan abang, Aku terjatuh dari tempat aku berdiri. Abang nampak aku. Aku terus bangun dan pecut selaju yang mungkin. 
"Kauu jangan lariii!!!!! Sialll!!!!! Adik Nissa jangan lari! Abang nak main dengan adik je!! Abang sayang adikkk!"
 Emosi aku semaki tak tentu hala. Larian aku juga mula gelabah. Jantung aku semakin kencang. Aku mula tercungap-cungap.

"Adik nak lari mana adik?? Jangan lah lari adik.. Abang dah penat ni adik.. jom la kita main sama-sama. Abang nak darah adik sikit je!! Sialll!!!!!"
Aku terus lari tanpa hiraukan kata-kata abangku.
Aahhhh!!!! Sialan! macam mana binatang ni boleh ada depan aku!? Bukankah aku dah lari jauh dari dia?
Rambut aku terus direntap kasar. Abang cekak rambut aku sekuat hatinya.. Sakit! bagai mahu terkoyak kulit kepala aku.. Aku makin menggigil pabila abang meletakkan parangnya dimuka aku. kesan darah Fitri masih basah di parang tu.

"Adik.. abang nak pinjam telinga adik boleh kan?? Telinga adik cantik.. abang nak pinjam" Zassss! Abang terus memotong telinga kanan aku.. pedihhh! 
"Abang nak telinga adik lagi satu ye... sayang adik!!! hahahhaha!" Zasssss!!!! telinga kiri aku hampir putus. Dengan kejam, abang mengigit dan merentap telinga kiri aku sampai putus.. Aku kehilangan kedua-dua telinga aku di tangan lahanat tu!

Aku menjerit "Kau bukan abang aku!!! kau binatang!!! Kau syaitan Sialll!!!!"
"Adik,, apa adik cakap ni.. Ni kan abang adik.. Abang sayang adik.. sampai hati adik kata macam tu kat abang.." 
Aku terus menendang dadanya sekuat hati aku. Aku terlepas dari gengaman abang. Aku berlari dan bersembunyi dibelakang batu besar tu. Aku memekup darah dari terus keluar.. 

prappp...... prapp...... prapp......

 Bunyi ranting-ranting kecil patah dipijak abangku semakin hampir dengan batu besar tempat persembunyian ku. 
"Adik Nissaaa!! Adik jangan la nyorok.. Abang Man nak main dengan adik... Adik nyorok pun.. Abang dapat bau darah adik.. Darah manis adik.. Abang nak rasa" 
Bertambah seram sejuk aku dibuatnya, aku tak bergerak. Takut nanti binatang tu terdengar gerak aku.

" Cak cak cak!! Abang dah jumpa Adik Nissa.. Adik jangan la nyorok lagi.. Abang bosan la main nyorok-nyorok.." 

" Kau nak buat apa kat aku? Kenapa kau bunuh mak ngan adik? kenapa kau nak bunuh aku??!! kau binatangggg!!!! "

" Kenapa adik marah abang? Mana ada abang bunuh mak ngan adik.. Abang main je dengan diorang.. sekarang abang nak main dengan adik Nissa pulak.. hahahaha " 

Tangan ku direntap kasar. Binatang tu genggam rapi tangan aku! ahhh! Sukar untuk melepaskan diri kali ni! Aku cuba meronta dan merentap kembali tangan aku.. Hanya sakit yang aku dapat sebagai balasan..
Binatang tu bengang dengan perbuatan aku.. Dia menggores muka aku dengan mata perang tu.. ngilu!! ngilu yang tersangat-sangat!
"Hey binatang!! kenapa kau seksa aku hah? kenapa kau tak bunuh saja aku! Jangan seksa aku lagi!!"

"Abang tak nak bunuh Adik.. Kalau adik mati.. Abang nak main dengan siapa nanti??" 

Aku terus meludah ke mukanya.. 
Pangggg!!! Tamparan yang teramat kuat singgah di kepala ku.. Sakitnya berdenyut-denyut! Segalanya kelihatan kabur. Satu senyuman mekar terukir di bibir abang. Aku terus tak ingat apa yang berlaku seterusnya. 

  Dalam kegelapan tu, aku terdengar suara bergema-gema di ruang pendengaran aku. Bunyi seperti bacaan Yassin. Aku juga ada terdengar bunyi tangisan.. Aku cuba untuk membuka mata.. aku buka mata ku perlahan-lahan, namun terkatup kembali. Aku teruskan cuba untuk membuka mata.. Cahaya lampu yang bergitu terang menyukarkan lagi untuk aku membuka mata.. setelah mencuba untuk beberapa kali.. Aku bisa buka mata.. 

 Sekali lagi aku bertanya kepada aku, Dimana aku? Aku berada di dalam sebuah bilik, terlantar diatas katil. Kepala ku berbalut dengan kain putih. Banyak wayar-wayar berselirat di tubuh ku. Aku cuba untuk bangun. Namun dihentikan oleh seseorang. Pandangan ku masih kabur ketika itu. Tapi aku mengenali wanita yang menghentikan aku sebentar tadi.. 

"Maklong.. Maklong ke tu?? Mak mana Maklong? Adik Fitri??" Soal ku kepada Maklong.
Maklong kelihatan sebak dan mengesat pipinya dengan kain. 

" Akak, akak kena redha dengan apa maklong nak cakap ni.."

"Maklong jangan cakap yang mak ngan adik dah mati!! Tak!!! Tu semua cuma mimpi!!!" Tangis ku kerana sudah dapat mengagak apa yang bakal diucapkan Maklong ku.

Maklong aku terus berpaling kearah lain. Dia tak mahu memandang ke wajah ku. Aku mula meraba-raba kepala ku mencari telinga aku.. Benar! Telinga ku sudah tiada lagi.. Aku terus bangun melihat tubuh ku. Astagfirullahalazim!! Kaki ku sudah tiada! Binatang tu mungkin telah mengerat kaki ku ketika aku pengsan.

Ya Allah, kenapa kau masih biarkan aku hidup dalam keadaan sebergini? Aku tak sanggup! 

Aku terus memanggil maklong.
"Maklong, kenapa akak boleh selamat?? Kenapa akak tak mati!!??" 

Dengan sebak maklong menjawab. "Ada orang selamatkan kakak.. Orang tu pemburu.. Dia ternampak abang ngan kakak.. Orang tu tembak abang untuk selamatkan kakak. Sekarang abang dah tak ada.."

Aku terpinga.. Aku sakit hati.. Bergitu mudah binatang tu mati! Mati ditembak! Binatang tu sepatutnya diseksa dahulu!!! Abang patut mati dicincang!! 
Abang telah buat aku kehilangan telinga, kaki  dan muka yang cacat!!

Aku tak akan maaf kan abang sampai lah aku berjumpa dengan abang di akhirat nanti!! 


p/s: Cerita ini hanya rekaan semata-mata..