Followers

Sunday, September 4, 2011

#Cerita Pendek: Kau Ibarat Pelangi Petang

expr:id='"post-body-" + data:post.id'>   "Awak ambil balik Teddy Bear awak ni!" kata aku sambil membaling teddy bear tersebut kepada Izham.
 
"Okey! Kalau Ayu tak sudi nak simpan bear ni lagi. Saya tak kisah!" balas Izham selamba.
  
"Awak ni memang sengaja nak bagi saya sakit hati kan!?" Kata aku dengan nada tak puas hati dengan reaksi Izham tidak seperti yang dibayangkan.
 "Eh eh! jangan la macam ni awak.. Saya gurau je tadi.. Ayu simpan la bear ni baik-baik. Ayu anggaplah bear ni sebagai pengganti diri saya."
 "Awak mintak putus dengan saya, awak mesti ada perempuan lain sebagai ganti diri saya kan!? Dan sekarang ni awak nak bear buruk ni je sebagai ganti awak? huh!" Getus aku dengan penuh kegeraman.
 "Saya bukannya mintak putus sebab ada perempuan lain. Percayalah, saya hanya setia pada awak Ayu.."

  "Habis! Kalau bukan kerana perempuan lain.. Kenapa awak nak putuskan hubungan kita? Atau pun sebab lelaki lain? Awak ni gay ke?"

  "Haha! kesitu pulak awak ni! Takkan lah saya gay. Maafkan saya.. Saya tak boleh bagitahu sebab kenapa kita berpisah.. Izham cuma nak Ayu ingat, Ayu sentiasa yang pertama di hati saya.."

  "Huh! Alasan semata-mata! Tak perlu lah Izham nak berbohong yang Ayu  sentiasa di hati Izham.  Awak mesti mintak clash dengan saya sebab awak ada perempuan lain! By the way, awak simpan lah bear buruk awak ni!" Marah aku sambil meninggal Izham sendirian di Cafe bersama teddy bearnya.

  "Kenapa Izham minta clash dengan aku? apa salah aku? Dia kata aku ni terlalu manja, suka bergantung kepada orang lain dan tak akan membesar. Huh, itu semua pasti hanya alasan untuk clash dengan aku. Pasti dia dah menjadi milik orang lain.." Aku bermonolog sendirian dalam bas menuju ke rumah.

  "Saya tak nak jadi orang suruhan awak seperti ibu dan ayah awak! Cuma lupakan je lah saya!" kata-kata pedas Izham itu terus berlegar-legar di kotak pemikiran aku. 

  Selepas berpisah dengan Izham. Itu adalah masa paling sukar untuk akuu jalani. Menjadi siswazah, mencari kerja dan bermacam-macam lagi. Aku tak pernah rasa sesunyi itu.

  Aku mula teringatkan Izham. Aku bergitu teringin untuk menghubungi Izham. Aku masih teringat akan kata-kata Izham sebelum kami berpisah. "Kalau ada sesuatu yang Ayu nak Izham tolong. Hubungi saya di facebook secara online, saya sentiasa online. Jangan telefon, jangan jumpa dan jangan sesekali datang ke rumah Izham!" 

  Aku membuka komputer riba aku di atas meja. Dengan pantas akuu melayari laman facebook. Izham sedang online. 
Aku mula mencari idea untuk memulakan perbualan.


"hai, kacau awak tak?"


"hai, tak kacau pun."


"Boleh saya pinjam masa awak sekejap? Saya ada masalah. Saya perlukan awak."


"Boleh, saya sentiasa disini untuk membantu awak"


"Hari ni saya ada temu duga. Saya patut pakai lipstick tak?"


"Awak adalah wanita yang menawan. Tak perlu pakai makeup lagi dah.. :) "


"Pergi matilah! pergi sana puji kekasih baru awak!" balas Aku lalu terus menutup komputer riba.

  Aku tahu, aku tak sepatutnya hubungi Izham lagi. Aku sepatutnya lebih berdikari.. Aku tahu segalanya. Aku tahu apa yang perlu dilakukannya kalau aku terlibat dalam masalah. Tapi, Aku tetap memerlukan pendapat dari Izham. 

  Ketika dalam lif. Aku dapat merasakan ada tangan gatal cuba memegang punggung aku. Aku terus teringatkan pesan Izham. "Lelaki miang dalam lif, gunakan tumit tinggi." Aku terus menghentak kaki si miang di belakang aku dengan kasut tumit tinggi yang aku pakai. 

  Aku kini sudah menjadi usahawan yang berjaya. "Sudah lama aku tak hubungi Izham, Ahh!.. persetankan semua tu. Izham kini pasti sedang bergembira dengan kekasihnya. Tapi, ini adalah masa yang sesuai untuk aku berterima kasih kepada Izham."

  Aku melangkah kerumah Izham. Banyak kali aku beri salam.. Masih tidak berjawab. Aku memutuskan untuk masuk sahaja ke rumah Izham. Pintu berkunci.. Aku masih ingat dimana Izham selalu meletakkan kunci penduanya. Tanpa berlengah, aku mengambil kunci di bawah pasu bunga itu dan membuka pintu rumah. Au sekali lagi memberi salam. Namun tiada jawapan. Rumah Izham berhabuk. seolah sudah lama ditinggalkan. 

  Aku mengeluarkan komputer riba dari beg galas. Lantas aku mencari nama Izham di online-list facebook. 

"Mana awak? Saya di rumah awak. Awak dah pindah ke?"


"Saya disebelah awak." balas Izham. Aku terkejut, kerana tiada sesiapa pun disebelahnya melainkan komputer riba Izham yang tidak ditutup.


"Awak jangan nak takut-takutkan saya. Cakap lah betul-betul. Awak di mana?"


"Saya betul-betul disebelah awak."

Aku terus memandang ke arah komputer riba Izham. Ada Teddy Bear yang Izham minta aku simpan hari tu dihadapan Komputer riba Izham. Aku bagaikan tidak percaya. Aku nampak beberapa pucuk surat di atas meja itu. Aku perhatikan satu per satu surat tersebut dengan teliti.

"Death Certificate" Aku mula gelisah melihat surat tu. Nama dan gambar Izham tertera di atasnya. Aku berasa serba salah. Selama ini Aku fikir Izham minta clash sebab ada perempuan lain. rupanya Izham tak mahu aku bersedih di atas pemergiannya. Izham abadikan dirinya dalam teddy bear tu. 

Aku mendapat pesanan dari Izham di ruangan facebook chat.

"Maaf, saya sangat penat. Saya terpaksa pergi." 
"Saya sudah tiada pada masa yang lama, saya cuma tak boleh tinggalkan awak"
"Awak tak sepatutnya datang ke rumah ni. Awak patut lupakan saya."
"Saya nak sangat peluk awak buat kali terakhir, tapi....."
  Aku sudah tidak dapat menahan air mata lagi. Aku terus memeluk teddy bear tu.
"Jangan menangis. senyum :)"
  Aku mengesatkan airmata aku sambil cuba untuk senyum dalam kesedihan.
"Selamat tinggal, untuk selamanya...."

Izham *offline*

Air mata Aku terus mengalir. Aku berasa terlalu bersalah kerana telah menuduh Izham curang kepada aku. Aku telah berjanji pada diri aku. Aku tak akan menjadi seseorang yang kuat bergantung lagi. Aku akan berdikari. Aku redha Izham sudah tiada, tapi aku tak akan dapat lupakan Izham dari lubuk ingatan aku. Walaupun Izham sudah tiada. Tapi dia sentiasa berada di hati aku. Izham, awak lah pelangi petang kepada saya. Awak hilang bersama cahaya mentari, tapi kecantikan pelangi terus terpahat di minda.

1 comment: